Wednesday, July 28, 2010

LAWATAN KE BEIJING -KPPK CAW PULAU PINANG

KPPK cawangan Pulau Pinang telah melawat ke BEIJING pada 11 jun 2010. Seramai 24 orang guru dan ahli keluarga telah menyertai lawatan ini. Antara lain kami telah di hidangkan makanan yang sesuai untuk maharaja China. Memang chunnnnn sekali. Berbanding dengan lawatan ke Shanghai dahulu, saya dapati makanan yang disediakan cukup lazat seperti makanan Malaysia. Lawatan dikendalikan oleh SUPERTOUR. Harga pakej tersebut adalah RM 3588 all in.
Keindahan taman-taman di raja yang kami lawati sungguh mengkagumkan. Saya kagum dengan cara rakyat China mengjaga kebersihan kawasan pelancungan. terutama di kota Tianamen, kita melihat setiap tong sampah seolah-olah telah diswastakan kepada golongan berumur, yang sentiasa mengawasi kebersihan tong sampah tersebut sambil mengumpul sampah untuk kitar semula. Walaupun berjuta pelancong tetapi tiada kelihatan sampah sarap di kawasan tersebut. Syabas diucapkan! Mungkin para guru patut berbuat sesuatu untuk menimbulkan kesedaran generasi baru kita. Satu cadangan.....

No comments:

Post a Comment